Hikmah Siang: Bisikan Hati untuk Melakukan Dosa, Apakah Dianggap Berdosa?

banner 678x960

banner 678x960

Daftar Donatur Palestina



BISIKAN HATI UNTUK MELAKUKAN DOSA, ADAKAH DIANGGAP BERDOSA?

Fatwa Syaikh Muhammad bin Shālih al-‘Utsaimin

Bacaan Lainnya
banner 678x960

banner 400x400

Wahai Syaikh yang kami hormati, adakah setiap bisikan hati itu dimaafkan? Syaikh, semoga Allāh senantiasa menjaga anda, lalu bagaimana mencari titik tengah antara hadīth Nabī Shallallāhu ‘alaihi Wasallam:

إن الله تجاوز عن أمتي ما حدثت به أنفسها ما لم تعمل أو تتكلم.

“Sungguh Allāh memaafkan bisikan hati dalam diri umatku, selama belum dilakukan atau diucapkan.” dengan firman Allāh Ta’ālā:

وَمَن يُرِدْ فِيهِ بِإِلْحَادٍ بِظُلْمٍ نُّذِقْهُ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ.

“Barangsiapa berada di dalamnya lalu ia menginginkan untuk menyimpang bersama kezaliman, Allāh akan menimpakan kepadanya azab yang pedih.”

Jawapan:

Pertama, hadītsun nafs (bisikan hati) itu tidak dikatakan sebagai al-hamm (keinginan) dan bukan juga ‘azimah (tekad). Ia hanyalah bisikan di dalam hati antara ingin melakukan atau tidak ingin melakukan. Dan sekadar bisikan hati itu dimaafkan. Kerana syaitan tiada henti membisikkan kepada hati manusia untuk melakukan dosa besar dan kemurtadan. Andai bisikan hati itu teranggap, maka ini adalah bentuk pembebanan yang tidak mungkin mampu dipikul oleh manusia.

Sedangkan al-hamm (keinginan) adalah tahap selanjutnya setelah bisikan hati. Iaitu setelah seseorang hatinya berbisik lalu ia menetapkan sebuah al-hamm (keinginan) atau al-‘azimah (tekad). Inilah yang dapat dikenakan hukuman jika ia tidak meninggalkan keinginan untuk melakukan hal diharamkan oleh Allāh.

Jika seseorang mengurungkan keinginannya untuk melakukan hal yang diharamkan, ia pun diberi pahala yang sempurna. Sebab ia mengurungkan keinginannya itu kerana takut dan ikhlas kepada Allah ‘Azza Wa Jalla. Maka ia pun mendapat pahala yang sempurna. Oleh kerana itu, sudah semestinya kita membezakan antara bisikan hati dan keinginan hati.

Adapun tentang firman Allāh Ta’ālā mengenai Masjid al-Harām:

وَمَن يُرِدْ فِيهِ بِإِلْحَادٍ بِظُلْمٍ نُّذِقْهُ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ.

“Barangsiapa berada di dalamnya lalu ia menginginkan untuk menyimpang bersama kezaliman, Allāh akan menimpakan kepadanya azab yang pedih.”

Maksudnya adalah, barangsiapa yang memiliki al-hamm (keinginan) yang kuat untuk melakukan sebuah penyimpangan, iaitu berupa maksiat yang nyata, maka Allāh akan menimpakan azab yang pedih.

Sudah semestinya kita bezakan dua hal ini, kerana Allāh Ta’ālā berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَتَّقُوا اللَّهَ يَجْعَل لَّكُمْ فُرْقَانًا وَيكَفِّرْ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ.

“Wahai orang yang beriman, jika kalian bertaqwa kepada Allāh, Dia akan jadikan bagi kalian pembeza dan mengampuni dosa-dosa kalian.”

Allāh Ta’ālā menamakan al-Qurān sebagai al-Furqān (Pembeza) kerana al-Qurān membezakan banyak hal, membezakan antara yang haq dengan yang batil, antara manfaat dan bahaya, antara mu’min dan kafir, antara hak Allāh dan hak hamba, dan hal-hal lain yang terdapat perbezaan. Demikian.

Sumber: https://t.me/fatwa_islam

banner 800x800

Pos terkait

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *