Allah SWT amat sayang pada setiap hamba yang taat menjalankan perintah-Nya, terutama perintah puasa pada setiap bulan suci Ramadan disetiap tahun.
Salah satu bukti kasih sayang Allah SWT terhadap hamba-Nya, Allah SWT ampuni setiap dosa dan kesalahan, serta dilipat gandakan setiap amalan hamba-Nya.
Dikutip dari berbagai sumber, tentang hadiah terindah bagi Allah SWT dari hamba-hamba-Nya. Hadiah itu adalah puasa yang dilakukan oleh seorang hamba.
Rasulullah SAW bersabda demikian, bahwa Allah SWT berfirman didalam hadits kudsi, sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Bukhari, berikut kutipan-nya.
يقول الله عز وجل : الصوم لي وأنا أجزي به ، يدع شهوته وأكله وشربه من أجلي ، والصوم جنة
Firman Allah yang maha mulia lagi maha gagah:
“Puasa itu untukKu, dan Akulah yang akan membalasnya, kerana dia (hamba Allah) meninggalkan syahwatnya, dari makan dan minumnya keranaKu, Puasa itu adalah perisai”. (HR Bukhari no. 7492, dari Abu Hurairah. Ra)
Perisai adalah sebuah tameng atau penghalang seorang hamba dari siksa api neraka, sebagaimana didalam hadits kudsi dijelaskan, berikut kutipan-nya.
قال ربكم : الصوم جنة من النار ، ولي الصوم وأنا أجزي به يدع شهوته وطعامه وشرابه من أجلي لخلوف فم الصائم أطيب عند الله من ريح المسك
Allah berfirman, “Puasa adalah benteng dari siksa api neraka. Puasa itu untukKu dan Aku akan membalasnya sendiri lantaran dia (hamba) telah meninggalkan syahwat, dari makan dan minum keranaKu.
Sesungguhnya bau mulut orang berpuasa itu lebih harum dari bau kasturi di sisiKu”. (HR. Thabarani dan Baghawi sepertimana di sebutkan Syeikh Zakariya ‘Umairat dalam Ahadith Qudsiyah Sahihah hal. 62, sahih lighairih).
Karena puasa merupakan hadiah yang terindah bagi Allah SWT, maka Allah SWT akan membalasnya dengan kenikmatan surga. Berikut riwayatnya.
عن أبي أمامة قال : قلت : يا رسول الله دلني على عمل قال : عليك بالصوم فإنه لا عدل له
Artinya, Abu Umamah radhiallahu’anhu bertanya, Ya Rasulullah SAW tunjukanlah kepadaku satu amalan! Bersabda baginda,
“Puasalah, kerana tiada yang sebanding dengnnya”. (HR. Ahmad no. 22149 dan Nasaie no. 2223. Disahihkan oleh Syeikh al-Arnauth dan Syeikh al-Albani)
إن في الجنة بابا يقال له الريان ، يدخل منه الصائمون يوم القيامة ، لا يدخل منه أحد غيرهم ، يقال أين الصائمون ، فيقومون لا يدخل منه أحد غيرهم ، فإذا دخلوا أغلق ، فلن يدخل منه أحد .
Artinya, “Sesungguhnya dalam surga itu ada sebuah pintu bernama “ar-Rayyan” (pintu penghilang dahaga). Masuklah kelak orang yang berpuasa melaluinya, hanya mereka saja yang boleh memasukinya.
Maka akan diseru, di manakah semua orang yang berpuasa? Bila semua sudah masuk, maka pintu pun ditutup. (HR. Bukhari no. 1896, daripada Sahl bin Sa’id ra. Sahih ijma).
Mudah-mudahan kita semua dapat memberi hadiah terindah atas semua pengabdian kita kepada Allah SWT, dan Allah SWT ridha atas semua amalan kita, insyaallah
Sumber: mantrasukabumi